Assalamualaikum...
Hai...
Pada kali ni saya nak sharekan beberapa tip persedian sebelum keluar mengembara..
- semak tarikh pasport masih enam bulan awal sebelum tarikh tamat tempoh. Dan visa masih belum tamat tempoh.
- Aktif kad kredit,debit untuk kegunaan di luar negara.
- Muatturun aplikasi di handphone. Seperti peta, gps, gps trekker dan sebagainya. Klau boleh biar asing aplikasi gps dengan peta.
- Dapatkan no tel kecemasan di negara yang ingin di lawati. Contoh hospital, polis dan sebagainya.
- No telephone dan alamat kedutaan malaysia.
- Sediakan duit emergency 30% dari jumlah bajet.
- Packing barang awal. Sekira terlebih muatan. Anda boleh membuat pengubahsuaian pada tiket tempahan. melalui online dengan syarat 4 jam awal sebelum kebarangkatan. Lebih jimat berbanding charge yang dikenakan semasa checkin.
- Tulis senarai kandungan sekira membawa makanan untuk memudahkan pihak berkuasa negara tersebut. Sesetengah negara mengambil serius dalam bab ini. Contoh negara australia, newzeland dan lain-lain lagi.
- Sekira membawa ubat- ubatan sediakan surat doktor.
- Maklumkan pada ahli keluarga dan majikan tentang aktiviti anda.
- Sekiranya anda muslim digalakkan membaca surah yasin pada malam sehari sebelum hari kebarangkatan.