persediaan sehari sebelum keluar mengembara

Assalamualaikum...
Hai...
Pada kali ni saya nak sharekan beberapa tip persedian sebelum keluar mengembara..
  1. semak tarikh pasport masih enam bulan awal         sebelum tarikh tamat tempoh. Dan visa masih belum tamat tempoh.
  2. Aktif kad kredit,debit untuk kegunaan di luar negara.
  3. Muatturun aplikasi di handphone. Seperti peta, gps, gps trekker dan sebagainya. Klau boleh biar asing aplikasi gps dengan peta.
  4. Dapatkan no tel kecemasan di negara yang ingin di lawati. Contoh hospital, polis dan sebagainya.
  5. No telephone dan alamat kedutaan malaysia.
  6. Sediakan duit emergency 30% dari jumlah bajet.
  7. Packing barang awal. Sekira terlebih muatan. Anda boleh membuat pengubahsuaian pada tiket tempahan. melalui online dengan syarat 4 jam awal sebelum kebarangkatan. Lebih jimat berbanding charge yang dikenakan semasa checkin.
  8. Tulis senarai kandungan sekira membawa makanan untuk memudahkan pihak berkuasa negara tersebut. Sesetengah negara mengambil serius dalam bab ini. Contoh negara australia, newzeland dan lain-lain lagi.
  9. Sekira membawa ubat- ubatan sediakan surat doktor.
  10. Maklumkan pada ahli keluarga dan majikan tentang aktiviti anda.
  11. Sekiranya anda muslim digalakkan membaca surah yasin pada malam sehari sebelum hari kebarangkatan.
Sekian tip- tip saya kongsikan sebelum anda keluar mengembara..